Halaman

Sabtu, 28 Januari 2012

Bender Yg Kiter Penah Buat Masa Kecik Dulu....

Korang pernah buat salah satunya masa kecil:

     1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

     2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

     3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

     4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali,
     menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

     5. Lukis burung guna huruf 'v'.

     6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

     7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥

     8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia
     mati.

     Betul tak? Betul tak? :

Jumaat, 20 Januari 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia....Al-Fatihah...



Agak terkejut juga apabila mendengar berita kematian 'Izwan Pilus' yang popular dengan lagu 'Kembali Senyum' tu. ini memang betul2 berita yang sungguh mengejutkan 1 malaysia rasanya bagi sesiapa yang meminati beliau. Umpama cerita 'Arwah Din Beramboi'......yang juga berita yang amat mengejutkan 1 Malaysia.




Gambar terakhir Izwan Pilus di Hospital


Khabarnya arwah di masukkan ke Hosital Ampang akibat daripada demam panas. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada 6.15 petang pada hari ini (20 Januari 2012).


Aku mengenali nama Izwan Pilus sejak dari Bintang Rtm lagi. Masa tu tahun 2004. Ingat lagi masa tu arwah agak 'favorite contestant' la.....



Biodata Izwan Pilus (Sebagai Kenangan Abadi)

Nama: Khairil Izwan Pilus
Nama: Khairil Izwan Pilus
Panggilan: Izwan atau Kutek
Tarikh Lahir: 24 November 1979
Tempat Lahir: Hospital Universiti, Kuala Lumpur
Bintang: Sagitarius
Tinggi: 174 sm
Adik Beradik : Anak kedua daripada empat beradik
Hobi: Membaca dan aktiviti lasak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Muzik: Pop, R&B, Irama Malaysia, balada dan alternatif rock
Pencapaian: Finalis Bintang RTM (2004), Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Siapa Gaddafi Sebenarnya?

di sini aku nak share info yg sebenarnya. sajer nk simpan citer pasal Gaddafi sebagai kenangan. Setiap manusia ada buruk baiknyer.....


Siapa Gaddafi sebenarnya?

BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.

Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.

Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.

Barang kali ada lebih baik juga kita menilai semula apa saja yang Gaddafi lakukan buat negara dan rakyatnya sendiri dan mudah2an ini dapat memberikan gambaran yang jelas siapa Gaddafi sebenarnya.

Memangnya keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas.

Usahanya hampir berjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik....

Malaysia??? Apa yang ada??? fikirkanlah...

Khamis, 14 Julai 2011

Detox Foot Patch - Baik untuk Kesihatan



Pemilihan makanan amat penting untuk kesihatan manusia di masa kini. Ini kerana makanan adalah salah satu punca utama kepada faktor2 wujudnya toksin didalam badan manusia.
 
Ini adalah penyakit2 yang sering terjadi akibat lebihan toksin di dalam badan. Adakah anda sering mengalami sakit kepala yang kerap? mudah penat & lesu? banyak jerawat? mudah gemuk? gelap bahagian keliling mata?
 Detox Foot Patch mampu menyingkirkan toksin tanpa perlu menelan sebarang ubat. Keberkesanannya terbukti dan dipaparkan disurat khabar bagi memupuk kesedaran penjagaan kesihatan dikalangan rakyat Malaysia

 Hubung kait diantara tapak kaki dan organ2 dalaman badan

 Refleksologi tapak kaki menurut pakar perubatan tradisional Cina

Ini merupakan gambar yang menunjukkan peredaran darah yang lancar berlaku selepas Detox Foot Patch digunakan. Ini juga bagus untuk jantung yang mengepam darah keseluruh badan.

 Gambarajah penggunaan pada tapak kaki. Kesannya selepas digunakan toksin menyebabkan herba bertukar menjadi perang-kegelapan (kekadang macam berminyak). Lagi banyak toksin, lagi jijik hasilnya ;)

 Cara Penggunaan yang mudah. Tampal dan tidur. Selepas 6-12 jam, buka dan lihat kesannya!
 Dapatkan kesegaran badan dengan menyingkirkan toksin yang tidak dikehendaki oleh badan.

Senarai Harga

Khamis, 24 Mac 2011

Gastrik!!!

Ari ni aku g klinik sbb smlm aku cirit birit n sakit perut yg amat sgt..smpi demam. Dr lik keje, aku asyik tercirit jek. smpi lembik d buatnyer. Akhirnya, ms last tue, aku rs nk muntah n cirit together. Tup2 sluruh bdn aku berpeluh n kaki tgn aku kebas2 sumer. Rasa cam nak pitam pun ader.

Akhirnya, aku tido dlm keadaan perut yg sakit. Finally, bler g klinik, doktor ckp aku kene gastrik. Sbb aku ader rs sakit kat perut bhgian tgh perut (atas).

Sabtu, 19 Mac 2011

Macam2 Kejadian Ari Ni......

Agak lama gak dh aku x update citer kt blog nie. Bkn aper, bz kat tempat br. Dulu duk site, skrg kt KL lak....Ari2 pegi pagi lik malam. Kt opis lak bz, mmg x sempat nk update blog.

Tp, ari ni aku nk gak citer. Kul 2 petang td, aku br dpt tau sorunk dr classmate aku dulu telah kembali ke rahmatullah pada 05.03.11. Arwah meninggal sebab sakit jantung, buah pinggang dan paru-paru berair. Setahu aku, arwah mmg dr zmn belajar g dh hidap sakit jantung. x sangka yang Allah terlalu cepat mengambilnya pergi. Rasa ralat gak sbb aku x penah jumper arwah sejak abis blajar dl. Dh hampir 10 thn dh.Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah SWT. Aminnn..

Pas tu, aku satu pemli nk kuar umah n aku pun panaskan enjin kete aku. Bile aku reverse, aku dengo bunyi kucing jerit. Alamak......sungguh x ku sangka, aku telah terlanggar seekor kucing yg sedang membesar dan ianya terlalu comel. Aku blank x tau nk wat per. Aku cumer tau dia x der harapan lagi. Tp, akhirnya aku nekad utk cuba bwk kucing tu ke Klinik Veterinar yg terdekat iaitu di Puncak Jalil.

Setelah smpi d sana, doktor tu ckp kucing tu dh meninggal dunia. Alangkah sedihnyer rasa hati. Doktor cakap masa bwk masuk klinik tu, dia masih bernyawa g. Tp bila bwk g blakang utk di check, dia dh x der. Bini aku menangis sbb kucing tu meninggal. kitorunk br jek bercadang nk bela kucing tu. Tp sayang, Allah juga lebih menyanginya......
Gambar arwah KUCING yang manja........

Pengajaran yg aku dpt ari ni ialah bila kita start enjin, bkn stakat check keadaan kete, tp kene check gak makhluk Allah yg lain.  Satu g info yg aku nk share iaitu KUCING sebenarnya tak akan mati kalo setakat kiter terlanggar kaki ker, perut ker sbb dia boleh di ubati dengan 1 bius injection dan insyaAllah, dia akan selamat. Kebanyakan kucing ni dia akan terkejut. Masa terkejut tu, dia boleh di selamatkan dengan injection ni dlm lingkungan 5 ke 10 minit. Tapi kalo terlambat, KUCING tu akan pergi mengadap ILAHI.......

Smoga korunk amik iktibar ngan apa yg telah jadi pada aku ari ni. Sharing is caring. Salam.